- Akhirnya mahkamah memutuskan Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful.
- Maknanya di sisi perundangan negara beliau tidak bersalah.
- Namun benarkah Anwar tidak pernah meliwat Saiful?
- Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
- Saya tidaklah seberani Ezam Md. Noor mahupun Rahimi(?) yang terlalu yakin dan lantang menuduh bekas bos mereka itu meliwat Saiful. Kononnnya mereka kenal siapa Anwar.
- Setahu saya mendakwa orang liwat sama hukumnya dengan mendakwa orang berzina.
- Sesuatu dakwaan itu ditolak selagi mereka tidak melihat sendiri perbuatan tersebut ibarat melihat “batang pen dimasukkan kedalam tudungnya”.
- Apakah Ezam menyaksikan sendiri perbuatan seperti itu?
- Kalau benar Ezam pernah melihatnya, mengapa tidak dihalang saja Anwar dari terus meliwat Saiful. Kasihan Saiful dibiar mengerang kesakitan.
- Susah sangatkah nak lawan Anwar? Dia dah lanjut usia, jalannya pula tercapik-capik.
- Tetapi kalau Ezam tidak menyaksikan sendiri, dia perlu membawa empat orang saksi yang warak yang melihat kejadian itu berlaku.
- Soalnya bukan empat orang saksi yang warak, kalau seorang saja lelaki yang warak dan melihat kejadian itu sudah pasti sedaya upaya dia akan mencegah kemungkaran itu dari berlaku di depan matanya.
- Sekali lagi, bukannya susah nak lawan Anwar.
- Persoalannya dari mana datang dakwaan yang begitu meyakinkan Ezam. Cukupkah sekadar dengan dakwaan Saiful?
- Kalau benar Saiful diliwat Anwar, kejadian itu berlaku dengan paksaan atau Saiful sendiri yang merelakan.
- Lemah sangatkah Saiful sehingga sukar melawan kudrat Anwar? Saya pernah menulis halnya sini.
- Sebaliknya jika berlaku dengan kerelaan, mengapa Anwar seorang yang didakwa?
- Sepatutnya kedua-duanya didakwa.
- Isunya bukan sama ada Anwar meliwat Saiful atau tidak, tetapi kewajaran pada tuduhan yang dilemparkan.
- Urusan Anwar kita kembalikan kepada Allah. Kalau benar dia melakukannya, balasan Allah sedia menanti. Namun jika sebaliknya, bersediakah pula kita berhadapan dengan hukuman buat para pelaku fitnah.
- Ingatlah di dunia lagi telah tersedia hukuman yang dinamakan qazaf, belum lagi di akhirat sana.
- Maka sebaiknya kita berserah saja pada Allah. Kalau masih timbul keraguan di hati, baik diamkan saja. والله أعلم
- Agama juga menuntut kita melihat pada zahirnya. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud, “Sesungguhnya aku hanya manusia dan kamu sentiasa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku. Dan sebahagian kamu lebih cekap berhujah daripada sebahagian lainnya. Maka aku memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengarinya sahaja. Barangsiapa yang aku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain(akibat kurang cekap berhujah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya itu bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Tirmizi no.1339)
Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...
Ulasan